Pada kali ini, kami akan menerangkan tentang lukisan isometrik. Sebelum itu terdapat beberapa objektif pembelajaran yang bakal anda peroleh melalui pengajaran kali ini.
- membincangkan tentang fungsi lukisan isometrik
- mentakrifkan perbezaan antara paksi-paksi isometrik
- melukis lukisan isometrik dengan betul.
Paksi isometrik iala kedudukan dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya melibatkan panjang, lebar dan kedalaman. Paksi asas isometrik adalah seperti rajah dibawah.
rajah 6.1
walaubagaimanapun, paksi isometrik boleh disusun dalam pelbagai kedudukan untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.
rajah 6.2
Kaedah melukis Lukisan Isometrik
a) Pemilihan paksi isometrik sama ada paksi lazim, terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan kepada kedudukan objek yang akan dilukis dari arah atas, bawah, sisi, atau sebagainya. kedudukan yang hendak dilukis juga perlu dipastikan kesesuaian dengan ruangang di kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi.
b) Panjangkan garisan paksi isometrik yang telah dilukis. dengan merujuk kepada lukisan ortografik objek yang akan dilukis., tandakan tinggi, lebar, dan panjang yang terbesar bagi objek tersebut di atas garisan paksi isometrik.
c)cantumkan ukuran-ukuran yang telah ditandakan dengan garisan lurus sehingga terbentuk kotak asas. Perlu diingat bahawa garisan yang digunakan untuk membina kotak asas ini hanyalah garisan binaan.
d)Lukiskan pandangan hadapan objek itu (bersumberkan unjuran ortografik) pada bahagian hadapan kotas asas, pandangan sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan pada bahagian atas kotak. Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak asas tersebut ke bawah dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek yang dikehendaki.
Lukisan Isometrik : pengenalan
Step 1
Anda dikehendaki melukis mengikut paksi oblik yang sesuai berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Step 2
Kemudian, objek tersebut hendaklah memaparkan bahagian sisi kanannya dan paksi oblik yang boleh digunakan ialah ≥ 45° arah ke kanan.
Step 3
Seterusnya, anda hendaklah melengkapkan kotak oblik asas dan lukis pandangan hadapan dan sisi pada kotak tersebut.
Step 4
Anda dikehendaki mengunjurkan garisan pada permukaan ke dalam kotak asas sehingga bentuk objek yang dikehendaki dapat diperolehi.
Step 3
Seterusnya, anda hendaklah melengkapkan kotak oblik asas dan lukis pandangan hadapan dan sisi pada kotak tersebut.
Step 4
Anda dikehendaki mengunjurkan garisan pada permukaan ke dalam kotak asas sehingga bentuk objek yang dikehendaki dapat diperolehi.
Step 5
Akhir sekali, anda haruslah menebalkan garisan objek tersebut supaya kelihatan lebih kemas.
Lukisan oblik : cara-cara melukisnya
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada kali ini, kami akan mengajar tentang lukisan oblik. Sebelum itu ada beberapa objektif pembelajaran yang akan anda peroleh melalui sesi kali ini.
Objektif pembelajaran
- Kami akan menerangkan kepada anda mengenai ciri-ciri lukisan oblik.
- Perbezaan di antara jenis-jenis lukisan oblik dengan betul.
- Melukis lukisan oblik dengan menggunakan kaedah yang betul.
Pengenalan
Lukisan oblik merupakan 1 lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan ini mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis berbentuk 3D. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.
Ciri-ciri Lukisan Oblik
- Mempunyai 1 paksi yang mendatar.
- Mempunyai 1 paksi yang menegak.
- Mempunyai 1 paksi sorot bersudut 30°, 45° dan 60° dari paksi yang mendatar.
- Bagi paksi oblik sudut yang lebih kecil akan kelihatan ukuranya kelihatan panjang.
- Sudut yang lebih besar bagi objek tersebut akan kelihatan lebih jelas dan kemas jika dilihat melalui pandangan atas.
rajah 5.1
Jenis lukisan oblik
- Oblik kavalier (saiz penuh)
- Oblik kabinet (setengah dari saiz penuh)
- Oblik am (3/4 dari saiz penuh)
kavalier
- Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama
- Sudut yang biasa digunakan adalah 30°, 45° dan 60°
rajah 5.2
kabinet
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja.
- Ukuran pada paksi surut adalah ½ dari skala penuh
AM
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja
- Ukuran pada paksi surut adalah ¾ dari skala penuh
- Lukisan ini jarang digunakan berbanding kavalier dan kabinet
Sebagai ilmu tambahan kepada anda :
- Lukisan oblik adalah imej 3 dimensi yang mempunyai paksi menegak, lebar dan kedalaman.
- Lukisan oblik diperlukan kerana ada sesetengah objek yang tidak dapat digambarkan dengan tepat menggunakan lukisan isometri.
- Terdapat 3 jenis lukisan oblik iaitu oblik kavalier, kabinet dan am. Tetapi oblik am jarang digunakan.
- Kedalaman objek bagi oblik kabinet adalah separuh daripada panjang sebenar.
- Kaedah lukisan oblik adalah sama dengan kaedah lukisan isometri iaitu kaedah kotak dan kaedah bingkai manakala bagi pembinaan lengkung pula menggunakan kaedah 4 titik dan kaedah koordinat.
Lukisan Oblik
Step 1. Tentukan objek yang ingin dilukis.
Step 2. Pilih arah pandangan yang sesuai.
Step 3. Lukis paksi unjuran dan tentukan kedudukan pandangan yang akan di lukis.
Step 4. Lukis salah satu pandangan pada paksi yang berpadanan.
Step 5. Unjurkan kelebaran objek ke ruangan pandangan hadapan dan lengkapkan pandangan tersebut termasuk garisan permukaan condong yang terlibat mengikut saiz sebenar objek.
Step 6. Unjurkan kelebaran dan panjang objek dari lukisan pelan dan hadapan ke ruangan sisi. Lengkapkan pandangan tersebut termasuk garisan tersembunyi yang terlibat
Step 7. Akhir sekali tebalkan garisan objek dan garisan tersembunyi. Ketebalan garisan tersembunyi adalah sederhana.
Lukisan Ortografik Unjuran Sudut Ketiga (bergambar)
Lukisan ortografik boleh dilukis menggunakan :
ataupun
Secara berkomputer Autocad
Kedua-dua cara ini boleh diaplikasikan mengikut atas keselesaan pengguna. Namun begitu perisian AutoCAD telah digunakan secra meluas dalam bentuk lukisan ini diatas ketepatan dan kekemasan selain memudahkan pengguna.
Lukisan ortografik ini biasanya dilukis dalam bentuk sudut pandangan pertama @ sudut pandangan ketiga sahaja.
Iaitu sudut pandangan British dan Sudut Pandangan Amerika:
Perbezaan dapat dilihat diantara dua unjuran tersebut walaupun kedua-duanya adalah unjuran ortografik.
Sebgaimana entri yang sebelum ini Unjuran ortografik mempunyai tiga sudut pandangan yang harus untuk difahami iaitu pandangan hadapan, sisi dan juga atas/plan. Jika sebelum ini diimplementasikan dalam analogi buah dadu sekarang kita lihat dari bentuk sesebuah model pula.
Sebagai contoh :
X mewakili pandangan hadapan
Y mewakili pandangan plan/atas
W mewakili pandangan sisi
Itu sahaja buat pengenalan unjuran ortografik ini
sekian
Papan lukisan |
Kertas isograd |
ataupun
Secara berkomputer Autocad
Intro Cover AutoCAD 2012 |
Hasil unjuran Ortografik menggunakan AutoCad 2012 |
Kedua-dua cara ini boleh diaplikasikan mengikut atas keselesaan pengguna. Namun begitu perisian AutoCAD telah digunakan secra meluas dalam bentuk lukisan ini diatas ketepatan dan kekemasan selain memudahkan pengguna.
Lukisan ortografik ini biasanya dilukis dalam bentuk sudut pandangan pertama @ sudut pandangan ketiga sahaja.
Iaitu sudut pandangan British dan Sudut Pandangan Amerika:
Unjuran pandangan ketiga |
Unjuran pandangan pertama |
Perbezaan dapat dilihat diantara dua unjuran tersebut walaupun kedua-duanya adalah unjuran ortografik.
Sebgaimana entri yang sebelum ini Unjuran ortografik mempunyai tiga sudut pandangan yang harus untuk difahami iaitu pandangan hadapan, sisi dan juga atas/plan. Jika sebelum ini diimplementasikan dalam analogi buah dadu sekarang kita lihat dari bentuk sesebuah model pula.
Sebagai contoh :
unjuran ortografik pandangan pertama |
X mewakili pandangan hadapan
Y mewakili pandangan plan/atas
W mewakili pandangan sisi
Itu sahaja buat pengenalan unjuran ortografik ini
sekian
UNJURAN ORTOGRAFIK - Konsep Asas II
Apabila memerhatikan sesuatu objek, pastinya kita dapat melihat bentuk objek tersebut dalam pelbagai pandangan sama ada dari atas, sisi atau hadapan. Setiap pandangan akan mendapat gambaran bentuk yang berbeza walaupun mewakili objek yang sama. Oleh sebab itu, unjuran ortografik cuba melukiskan ketiga-tiga pandangan asas ini bersama bagi menjelaskan rupa bentuk sebenar sesuatu objek.
Sebagai contoh , melalui unjuran ortografik, ketiga-tiga arah pandangan terhadap bongkah dadu di sebelah akan digabungkan seperti rajah 1.0 dibawah :
Rajah 1.0
Tiga arah pandangan yang utama dalam unjuran ortografik ialah pandangan hadapan, pandangan pelan dan juga pandangan sisi.
Pandangan dari arah B dikenali sebagai pandangan atas atau pelan. Pandangan dari arah A pula dikenali sebagai pandangan hadapan manakala pandangan dari arah C pula dikenali sebagai pandangan sisi. Dalam lukisan kejuruteraan, jika ukuran pandangan hadapan dan sisi sama, kita berhak untuk tentukan bahagian mana yang mewakili pandangan hadapan dan pandangan sisi. Jika ukuran objek tersebut kelihatan lebih panjang dan kelihatan lebih jelas, maka pandangan tersebut secara automatik menjadi pandangan hadapan dan pandangan sisi mewakili ukuran yang lebih pendek bagi objek tersebut.