Lukisan Oblik
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada kali ini, kami akan mengajar tentang lukisan oblik. Sebelum itu ada beberapa objektif pembelajaran yang akan anda peroleh melalui sesi kali ini.
Objektif pembelajaran
- Kami akan menerangkan kepada anda mengenai ciri-ciri lukisan oblik.
- Perbezaan di antara jenis-jenis lukisan oblik dengan betul.
- Melukis lukisan oblik dengan menggunakan kaedah yang betul.
Pengenalan
Lukisan oblik merupakan 1 lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan ini mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis berbentuk 3D. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.
Ciri-ciri Lukisan Oblik
- Mempunyai 1 paksi yang mendatar.
- Mempunyai 1 paksi yang menegak.
- Mempunyai 1 paksi sorot bersudut 30°, 45° dan 60° dari paksi yang mendatar.
- Bagi paksi oblik sudut yang lebih kecil akan kelihatan ukuranya kelihatan panjang.
- Sudut yang lebih besar bagi objek tersebut akan kelihatan lebih jelas dan kemas jika dilihat melalui pandangan atas.
rajah 5.1
Jenis lukisan oblik
- Oblik kavalier (saiz penuh)
- Oblik kabinet (setengah dari saiz penuh)
- Oblik am (3/4 dari saiz penuh)
kavalier
- Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama
- Sudut yang biasa digunakan adalah 30°, 45° dan 60°
rajah 5.2
kabinet
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja.
- Ukuran pada paksi surut adalah ½ dari skala penuh
AM
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja
- Ukuran pada paksi surut adalah ¾ dari skala penuh
- Lukisan ini jarang digunakan berbanding kavalier dan kabinet
Sebagai ilmu tambahan kepada anda :
- Lukisan oblik adalah imej 3 dimensi yang mempunyai paksi menegak, lebar dan kedalaman.
- Lukisan oblik diperlukan kerana ada sesetengah objek yang tidak dapat digambarkan dengan tepat menggunakan lukisan isometri.
- Terdapat 3 jenis lukisan oblik iaitu oblik kavalier, kabinet dan am. Tetapi oblik am jarang digunakan.
- Kedalaman objek bagi oblik kabinet adalah separuh daripada panjang sebenar.
- Kaedah lukisan oblik adalah sama dengan kaedah lukisan isometri iaitu kaedah kotak dan kaedah bingkai manakala bagi pembinaan lengkung pula menggunakan kaedah 4 titik dan kaedah koordinat.
Labels:
lukisan oblik
No Response to "Lukisan Oblik"
Post a Comment