UNJURAN ORTOGRAFIK - Konsep Asas

Apabila memerhatikan sesuatu objek, pastinya kita dapat melihat bentuk objek tersebut dalam pelbagai pandangan sama ada dari atas, sisi atau hadapan. Setiap pandangan akan mendapat gambaran bentuk yang berbeza walaupun mewakili objek yang sama. Oleh sebab itu, unjuran ortografik cuba melukiskan ketiga-tiga pandangan asas ini bersama bagi menjelaskan rupa bentuk sebenar sesuatu objek.

Sebagai contoh , melalui unjuran ortografik, ketiga-tiga arah pandangan terhadap bongkah dadu di sebelah akan digabungkan seperti rajah 1.0  dibawah :


Rajah 1.0


Tiga arah pandangan yang utama dalam unjuran ortografik ialah pandangan hadapan, pandangan pelan dan juga pandangan sisi.

Pandangan dari arah B dikenali sebagai pandangan atas atau pelan. Pandangan dari arah A pula dikenali sebagai pandangan hadapan manakala pandangan dari arah C pula dikenali sebagai pandangan sisi. Dalam lukisan kejuruteraan, jika ukuran pandangan hadapan dan sisi sama, kita berhak untuk tentukan bahagian mana yang mewakili pandangan hadapan dan pandangan sisi. Jika ukuran objek tersebut kelihatan lebih panjang dan kelihatan lebih jelas, maka pandangan tersebut secara automatik menjadi pandangan hadapan dan pandangan sisi mewakili ukuran yang lebih pendek bagi objek tersebut.

1 Response to UNJURAN ORTOGRAFIK - Konsep Asas

5 April 2012 at 23:28

selamat mencuba

Post a Comment

Tentang CIKGU PINTAR

Blog ini berkenaan dengan pengenalan lukisan kejuruteraan. Fokus utamanya adlah kepada lukisan unjuran ortografik. Pengendali laman ini terdiri daripada tiga orang penulis iaitu Azam Aziz, Farid Ato'i dan Ihtifazzudin Ridzuan.