Lukisan Isometrik : pengenalan
Pada kali ini, kami akan menerangkan tentang lukisan isometrik. Sebelum itu terdapat beberapa objektif pembelajaran yang bakal anda peroleh melalui pengajaran kali ini.
- membincangkan tentang fungsi lukisan isometrik
- mentakrifkan perbezaan antara paksi-paksi isometrik
- melukis lukisan isometrik dengan betul.
Paksi isometrik iala kedudukan dimana bongkah isometrik akan dilukis. Paksi isometrik secara asasnya melibatkan panjang, lebar dan kedalaman. Paksi asas isometrik adalah seperti rajah dibawah.
rajah 6.1
walaubagaimanapun, paksi isometrik boleh disusun dalam pelbagai kedudukan untuk memperolehi pandangan yang lebih tepat imej yang dilukis.
rajah 6.2
Kaedah melukis Lukisan Isometrik
a) Pemilihan paksi isometrik sama ada paksi lazim, terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan kepada kedudukan objek yang akan dilukis dari arah atas, bawah, sisi, atau sebagainya. kedudukan yang hendak dilukis juga perlu dipastikan kesesuaian dengan ruangang di kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi.
b) Panjangkan garisan paksi isometrik yang telah dilukis. dengan merujuk kepada lukisan ortografik objek yang akan dilukis., tandakan tinggi, lebar, dan panjang yang terbesar bagi objek tersebut di atas garisan paksi isometrik.
c)cantumkan ukuran-ukuran yang telah ditandakan dengan garisan lurus sehingga terbentuk kotak asas. Perlu diingat bahawa garisan yang digunakan untuk membina kotak asas ini hanyalah garisan binaan.
d)Lukiskan pandangan hadapan objek itu (bersumberkan unjuran ortografik) pada bahagian hadapan kotas asas, pandangan sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan pada bahagian atas kotak. Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak asas tersebut ke bawah dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek yang dikehendaki.
Labels:
isometrik,
lukisa isometrik
No Response to "Lukisan Isometrik : pengenalan"
Post a Comment